Syarikat Salon & Spa Muslimah Su mula beroperasi pada tahun 2021. Fasa permulaan salon ini bermula secara kecil-kecilan dari rumah dan seterusnya ke rumah pelanggan berdasarkan temujanji yang telah dibuat. Perniagaan ini mendapat bantuan dari MAIPK untuk beroperasi dari dalam kabin.
- Potong rambut
- Cuci
- Rawatan kulit kepala
- Upah inai
Khidmat rawatan muka (facial) juga turut ditawarkan oleh Salon & Spa Muslimah Su. Selain itu, rawatan sunnah bekam juga turut disediakan. Pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan Manicure & Pedicure serta Sauna.
Kami juga menyediakan khidmat urutan untuk wanita selepas bersalin. Selain itu, barangan kesihatan untuk berpantang juga turut dijual di salon kami.
Keselesaan dan kepuasan hati pelanggan kami merupakan tanggungjawab kami.
Servis yang bagus! Staff salon memberikan layanan yang baik dan servis gunting rambut yang kemas dan cantik. Saya amat berpuas hati.
Salon yang sangat cantik dan selesa. Sangat sesuai bagi muslimah yang ingin mencari perkhidmatan potong rambut yang muslimah-friendly! Highly recommended!