Al Mutaqqin Barbershop Mula Beroperasi Pada Tahun 2020 Dan Merupakan Kedai Gunting Rambut Islam Pertama Di Malim Nawar. Al Mutaqqin Mendapat Bantuan Penuh Dari Pihak MAIPK (Majlis Agama Islam Perak). Kami Telah Menceburi Dalam Bidang Gunting Rambut Selama 2 Tahun Dan Menghadiri Kursus Gaya Rambut Selama 6 Bulan Di Giat Mara. Kami Turut Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 Dan 3 Dalam Bidang Gunting Rambut. Al Mutaqqin Barbershop Menyediakan Perkhidmatan Gunting Rambut Lelaki Dewasa Dan Kanak-Kanak.
Kami menyediakan perkidmatan kedai gunting rambut lelaki dewasa dan kanak-kanak. Kami turut menawarkan perkhidmatan gunting rambut sesuai dengan gaya dan trend terkini menurut citarasa pelanggan kami.
Kami menawarkan perkhidmatan untuk gunting rambut di rumah pelanggan yang sakit atau orang kurang upaya terutama orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda. Kami ingin memudahkan dan membantu pelanggan yang sakit dan kelainan upaya untuk menerima perkhidmatan gunting rambut kami tanpa perlu mengunjungi ke kedai kami dengan menawarkan khidmat gunting rambut di rumah mereka. Oleh itu, kami amat berbesar hati untuk menerima pelanggan yang sakit atau kurang upaya dan berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik.
Perkhidmatan mewarna rambut yang kami sediakan adalah dengan menggunakan pewarna rambut yang halal. Jadi, orang ramai boleh mencuba perkhidmatan mewarna rambut di Al Mutaqqin Barbershop dengan senang kerana produk kami adalah halal.
Keselesaan dan kepuasan hati pelanggan kami merupakan tanggungjawab kami.
Servis yang bagus! Staff barbershop memberikan layanan yang baik dan servis gunting rambut yang kemas dan bergaya dengan memenuhi citarasa pelanggan. Saya amat berpuas hati.
Barbershop yang sangat selesa dan sesuai untuk bawa kanak-kanak menerima khidmat gunting rambut di sini. Highly recommended!