MR Barbershop Merupakan Program Bimbingan Dari Pihak MAIPK (Majlis Agama Islam Perak) Untuk Memperkasakan Ekonomi Golongan Asnaf Di Perak. Dirasmikan Oleh YABhg Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin Iaitu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Pada 31 Oktober 2017. MR Barbershop Menyediakan Perkhidmatan Pengguntingan Dan Penggayaan Rambut Kepada Pelanggan Lelaki Sahaja Tidak Mengira Peringkat Umur.
Isnin - Sabtu (10 pagi hingga 7 malam).
Ahad (10 pagi hingga 2 petang)
Kami menyediakan perkhidmatan kedai gunting rambut lelaki sahaja tanpa mengira peringkat umur. Kami berbesar hati untuk menerima pelanggan lelaki tidak kira yang tua, dewasa atau kanak-kanak. Kami janji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami.
Kami mahir dalam menawarkan perkhidmatan gunting rambut mengikut penggayaan rambut terkini. Pelanggan boleh memilih penggayaan rambut terkini yang dikehendaki di MR Barbershop dan kami akan memenuhi permintaan pelanggan sehingga mereka berpuas hati kerana permintaan pelanggan adalah keutamaan kami.
Keselesaan dan kepuasan hati pelanggan kami merupakan tanggungjawab kami.
Servis yang bagus! Staff barbershop berkemahiran dalam memberikan servis gunting rambut yang kemas dan bergaya dengan memenuhi citarasa pelanggan. Saya amat berpuas hati.
Staff yang sangat peramah dengan memberikan layanan yang baik kepada pelanggan dan menghormati permintaan pelanggan. Highly recommended!